Friday, March 2, 2007

ERTI RINDU INI - BAB 18 (M/S 145)....

Salam sayang buat semua.....
Kat sini ZJ sertakan bab 18 (m/s 145) novel ZJ. Kepada yg dah membaca novel ZJ ni...rajin-rajinlah bagi komen agar ZJ dapat memperbaiki lagi penulisan ZJ pada novel kedua nanti. ZJ tak kisah apa-apa komen sekalipun...ZJ terima dgn hati dan tangan yang terbuka...


"You nak ke Puduraya ke?" soal Fariz lagi.
Yana mengangguk.
"Jom! I hantarkan you. I pun nak ke arah sana jugak,"kata Fariz.
Oh! Tak mungkin dia mengikut Fariz. Banyak sungguh mata yang memandang. Jangan nak cari penyakit. Entah-entah dalam ramai-ramai ni ada kawan-kawan kekasih Fariz. Nanti akan menimbulkan gosip pula. Dia juga yang teruk nanti. Yana berkira-kira dalam hatinya.
"Tak apalah, Fariz. I naik teksi aje,"balas Yana.
"Kan ramai orang ni.Mesti you susah nak dapat teksi. Lagipun, I ada hal sikit nak cakap dengan you,"beritahu Fariz. Ada nada merayu pada suaranya.
Yana melihat sekelilingnya. Memanglah ramai orang.Tapi takkan nak terus menerkan aje bila Fariz mempelawanya. Oh. tidak!
"Hal apa? Cakap ajelah,"balas Yana.
"Takkanlah nak cakap kat sini. I tak boleh nak berhenti lama-lama.Ini perhentian teksi. Kalau ada polis, nahas I."
"Can't you wait until next week, Fariz?"tanya Yana pula. Takkanlah penting sehingga tidak boleh tunggu pada perjumpaan kumpulan mereka yang seterusnya.
Fariz kelihatan seperti kurang sabar dengan kerenah Yana. "Yana, kalau you tak naik kereta I sekarang jugak, I akan jerit sekuat hati panggil nama you,"ugutnya.
Yana mula bengang. Pantang orang mengugutnya sebegitu. "Jeritlah kalau tak tahu malu!"cabarnya pula.
Fariz benar-benar menjerit memanggil nama Yana sekuat hati. Semua mata memandang ke arah mereka. Muka Yana kemerah-merahan menahan malu. Fariz membuka mulut lagi untuk menjerit, terus sahaja Yana mengangkat beg menuju ke arah kereta Fariz. Cepat-cepat Fariz membuka pintu kereta untuk Yana dan mengambil beg Yana lalu diletakkan di dalam boot kereta. Yana masam mencuka............

1 comment:

Big Dreamer said...

Hi ada lg x novel ni