Saturday, February 24, 2007

ERTI RINDU INI - m/s 383

Yana masih tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh Fariz. "I rasa I dah buat keputusan yang terbaik. You tak tahu bagaimana perasaan I ketika tu. Bukan mudah untuk I berdiri seperti hari ni. Fariz... I minta maaf kalau you masih marah sebab I pergi tanpa khabar berita dulu." Dia cuba meleraikan genggaman tangan mereka tetapi Fariz seolah-olah tidak mahu melepaskannya.
Tiba-tiba Fariz ketawa. Kedengaran agak sinis. "Marah?" No... I bukannya marah tapi I kecewa dengan tindakan you. Look at me! Yana, take a look at me closely. I bukannya marah tetapi I menderita dalam masa sepuluh tahun tu. I dah tak mahu main sembunyi-sembunyi lagi dengan you," keluhnya. Nada suaranya penuh dengan kekesalan.
"Yana... boleh you jangan tinggalkan I lagi? Forever? Please..." rayu Fariz dengan lembut dan penuh perasaan.
Yana benar-benar terkejut dengan permintaan itu. Dia merenung wajah Fariz tanpa berkelip. Dia memejamkan mata seketika dan membukanya semula. Argh... dia tidak bermimpi. Benar, Fariz yang berkata sedemikian.