Tuesday, January 1, 2008

SELAMAT TAHUN BARU 2008

SALAM BUAT SEMUA,
SELAMAT TAHUN BARU 2008, SEMOGA AZAM DAN CITA-CITA TERCAPAI PADA TAHUN INI. SETAHUN SUDAH BERLALU...MASA BEGITU CEPAT BERLALU. PEJAM CELIK 2007 TELAH MENINGGALKAN KITA. DI DALAM KESIBUKAN MENYAMBUT TAHUN BARU, HARI INI 1/1/2008 ZJ DIKEJUTKAN DENGAN BERITA TEMAN ZJ DR.NORRIHAH TAKUAN TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PETANG TADI AKIBAT SESAK NAFAS. BELIAU TELAH PERGI MENINGGALKAN ALAM YANG FANA INI BUAT SELAMA-LAMANYA. ZJ BENAR-BENAR SEDIH MENERIMA BERITA PEMERGIAN BELIAU. SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT OLEH ALLAH SWT.

SEKALI LAGI, HAPPY NEW YEAR....
PLAN FOR THE BEST,
HOPE FOR THE BEST,
ALL THE BEST TO ALL OF U....

ZJ

Thursday, December 13, 2007

SELAMAT BERTEMU KEMBALI....

Salam buat semua,

Apa khabar? Sejuta kemaafan ZJ pohon kerana sudah lama tidak menjenguk ke sini. Beberapa bulan ini ZJ benar-benar sibuk dengan tugasan dan peperiksaan. Hmm...lagipun tiada berita yang menarik untuk dikongsi dengan rakan-rakan. Oh ya! Novel terbaru ZJ keluaran DBP sudah dua bulan berada di pasaran. Tajuknya "AROMA HATI" oleh Zahura Zakry. Harap rakan-rakan berilah sokongan peribadi kepada ZJ walaupun ianya bukan novel keluaran Alaf 21 yang dikasihi.
Berbalik kepada novel ke-2 ZJ bersama Alaf 21, ZJ sedang berusaha untuk menyudahkannya secepat mungkin. Kadang-kadang idea membuak-buak tetapi di saat menghadapi kesibukan kuliah dan peperiksaan, terpaksalah ZJ memberi laluan kepada pelajaran ZJ. InsyaAllah, ZJ cuba merealisasikan novel ke-2 ini pada tahun hadapan. Harap rakan-rakan akan sentiasa memberi sokongan pada ZJ di dalam karier penulisan yang sangat ZJ minati ini. Sebelum ZJ mengundur diri, hayatilah kata-kata ini....

KEHIDUPAN ADALAH...
Kehidupan adalah peluang, manfaatkanlah ia...
Kehidupan adalah keindahan, kagumilah ia...
Kehidupan adalah kebahagiaan, nikmatilah ia...
Kehidupan adalah mimpi, jadikan ia kenyataan...
Kehidupan adalah cabaran, hadapilah ia...
Kehidupan adalah tanggungjawab, pikullah ia...
Kehidupan adalah permainan, bermainlah dengannya...
Kehidupan adalah janji, tepatilah ia...
Kehidupan adalah kesedihan, atasilah ia...
Kehidupan adalah lagu, nyanyikanlah ia...
Kehidupan adalah perjuangan, terimalah ia...
Kehidupan adalah tragedi, berdepanlah dengannya...
Kehidupan adalah pengembaraan, tempuhilah ia...
Kehidupan adalah tuah, ambillah ia...
Kehidupan adalah amat berharga, jangan musnahkannya...
Kehidupan adalah kehidupan, berjuanglah untuknya............................................

Salam sayang,
Zara Juita

Tuesday, July 10, 2007

Salam buat semua teman-teman,

Maaf ya! Lama ZJ menghilang. Blog ZJ meragam. Tak boleh nak masuk rumah sendiri. Tension jugak nih! Sejak ZJ balik dari Sibu hari tu, langsung tak boleh masuk. Tiada apa perkembangan terbaru tentang ZJ cuma sekarang ZJ kembali sibuk sebab dah naik semula campus dan ZJ dah pindah dari Bandar Country Homes Rawang ke Bukit Rahman Putra, Sg.Buloh. Letihnya belum habis-habis lagi. Mengenai novel terbaru, ZJ masih terkial-kial tetapi akan cuba siapkan sebelum hujung tahun ini. InsyaAllah. Sehingga bertemu lagi....

Monday, June 18, 2007

LAMA MENGHILANG

Salam semua,

Maaf ya! Lama ZJ menghilang. Cuti sekolah ZJ sibuk dengan urusan perkahwinan ahli keluarga ZJ. ZJ terpaksa terbang ke Sibu, Sarawak selama beberapa hari. Balik ke Semenanjung urusan pihak keluarga ZJ pula buat kenduri. Selesai cuti sekolah, ZJ kelam-kabut pula dengan urusan perpindahan. ZJ berpindah dari Bandar Country Homes, Rawang ke Bukit Rahman Putra, Sg.Buloh. ZJ akan bersama teman-teman apabila semua urusan termasuk pemasangan internet selesai. Salam sayang. Jangan lupa ZJ tau!

Tuesday, May 15, 2007

SELAMAT HARI IBU....

Salam buat semua teman-teman,

Maaf ye, dah lama tak kemas rumah sendiri. Selepas berakhirnya pesta buku, ZJ bz dgn pelbagai aktiviti yg rasmi & tak rasmi. Kenangan di Pesta Buku tetap terpahat dalam ingatan. T/kasih tak terhingga buat semua warga kerja Alaf 21. Gembira dapat bertemu 4 mata dgn rakan-rakan penulis dan bloggers serta mereka yg menyokong karier penulisan ZJ.

Mereka yg ZJ sempat bertemu dan beramah mesra:

Semua warga kerja Alaf 21, (En.Norden (hari pertama dah interview ZJ), Kak Sadi & Kak Wan yg membawa kami makan bg pihak Alaf 21, Moon -editor ZJ) ,Norzailina Nordin, Lily Haslina, Anis Ayuni, Aisya Sofea, Meen Zulaikha, Lynn Dayana, Rose Harissa, Damya Hanna (tq for the muffin), Aleya Aneesa, Lily Suriani, Liza Zahira, Laila Kamilia, Ramlee Awang Murshid, Emma Maizura, Cikgu Norbi (Easy English), Hezira (Yoga) dan Bonda Ilani Mysara(bawa baby cup cake berwarna warni). Abang Long, Mersik dan Violet juga ada (pertama kali bertemu dgn org2 kuat alaf fc nih!), cuma Rosha tak sempat bertemu. Bloggers esp Ara Suhara, t/kasih sudi datang dan bertemu ZJ. Semoga ikatan silaturrahim yang terjalin antara kita kekal selamanya....

Hmm.... Hari Ibu? Bukan kaum ibu sahaja yg menyambut hari ini, setiap insan kat atas mukabumi ni pasti mempunyai ibu (samada yg masih hidup ataupun telah tiada) dan menjadi ibu. Hargailah ibu kerana tanpa mereka, tak mungkin kita dapat lahir ke dunia ini. Selamat Hari Ibu....jasamu tetap dikenang sehingga ke akhir hayat.

ZJ berhenti di sini dulu. Anak-anak ZJ (Aleesya dan Affizy) pula nak periksa mid-term, dengan ZJ sekali kena turun padang. Hmm, itukan juga tugas ibu. Anak2 ZJ berikan kad hari ibu yang dilukis sendiri. Aleesya membuat kad cantik dgn riben oren (bagi bunga ros warna purple, beli dgn duit belanja sekolah rm1.50) manakala anak lelaki beri kad dgn lukisan Naruto dan Yugi-Oh. Yg. pasti, ZJ gembira mereka tetap mengingati ZJ dan mengingati ibu tak semestinya pada hari ibu sahaja tetapi setiap hari.........

Tuesday, April 24, 2007

JUMPA DI PESTA BUKU NANTI....

SALAM SEMUA,

MAAF YA! AGAK LAMA ZJ MENGHILANG. ZJ TAK KE MANA CUMA BARU-BARU NI, IBU SAUDARA ZJ KEMBALI KE RAHMATULLAH KERANA SAKIT KANSER HATI. ZJ KESEDIHAN KERANA BELIAU MENINGGAL SEORANG DIRI DI KATIL HOSPITAL PULAU PINANG. DI SAAT TENAT, ANAK TUNGGALNYA TIDAK DAPAT DIHUBUNGI MANAKALA SUAMINYA PULA MENDERITA SAKIT KENCING MANIS DAN DARAH TINGGI. MATA SUAMINYA TIDAK BERAPA NAMPAK JADI TIDAKLAH DAPAT DIA MENJAGA ISTERINYA YANG TENAT ITU. MUJURLAH PIHAK HOSPITAL DAPAT MENGHUBUNGI SAUDARA MARA TERDEKAT. YANG PALING MENYENTUH PERASAAN ZJ KERANA BAPA SAUDARA ZJ MENANGIS TERESAK-ESAK SEPERTI BUDAK KECIL KERANA TERLALU SEDIH AKAN KEHILANGAN ISTERINYA YANG SELAMA INI WALAUPUN SAKIT, MENGURUS MAKAN PAKAI DAN UBAT-UBATANNYA. YANG PALING PENTING, BAPA SAUDARA ZJ KEHILANGAN TEMAN UNTUK BERKONGSI SUKA DUKA HIDUPNYA. RASA TAK TERTAHAN JIWA ZJ.
ZJ JUGA AGAK SIBUK DENGAN ASSIGNMENT DAN REPORT DISAMPING ZJ KINI MENJADI SUKARELAWAN DI AWAM (ALL WOMEN'S ACTION SOCIETY) YANG MEMBERI PENGETAHUAN TENTANG KEGANASAN YANG DILAKUKAN TERHADAP KAUM WANITA DAN KANAK-KANAK. ZJ CUBA MEMPRAKTIKKAN APA YANG ZJ BELAJAR DALAM KAUNSELING DI SINI. DISAMPING TU, ZJ JUGA SEDANG 'BERGELUMANG' DENGAN NOVEL KEDUA ZJ.
UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, CERPEN ZJ YANG BERJUDUL 'SETEGUH KASIH IMAN' TERSIAR DALAM MAJALAH WANITA MEI,2007. SESIAPA YANG KEBETULAN MEMBELI MAJALAH WANITA, SUDI-SUDILAH BACA CERPEN ZJ YA!
PADA PESTA BUKU NANTI, SEPERTI YANG TERSIAR DILAMAN WEB ALAF 21, ZJ AKAN BERADA DI BOOTH ALAF 21 PADA 27/4, 30/4, 1/5 DAN 5/5. HARAP KITA DAPAT BERTEMU DI SANA NANTI SAMBIL MENGERATKAN LAGI TALI SILATURAHIM ANTARA KITA.

WASSALAM....

Monday, April 9, 2007

Sedihnya....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Lebih dari seminggu ZJ tidak muncul kat sini. ZJ tak kemana cuma busy dgn kuliah, bisnes dan aktiviti2 rumahtangga. ZJ juga dalam proses mengumpul info untuk novel ke-2 yg sedang diusahakan. Di dalam kesibukan itu, sedihnya ZJ apabila anak kucing yg baru sebulan melihat dunia telah tiada. ZJ memang alah dgn binatang, walaupun sayang dan kasihankan binatang tetapi ZJ dan anak lelaki ZJ menghidap asthma so tak boleh ler nak bela pet terutamanya kucing. Tetapi kat belakang rumah ZJ mmg ada kucing mendatang yg ZJ bagi makan walaupun tak masuk rumah. Kucing yg ZJ panggil MB ni mmg dah daily routine, mesti makan kat belakang rumah ZJ. Tak sangka, dia beranak juga kat belakang rumah ZJ. Suami ZJ kasihan, dia letakkan kotak kat belakang rumah.
Anak-anak kucing tu cute sungguh. 2 ekor anak kucing tu ZJ kasi nama RJ dan MJ. Selama sebulan melihat anak2 kucing ni membesar, timbul pulak rasa kasih. Malangnya RJ tak boleh buka mata, entah kenapa. Atas dasar perikemanusiaan, kami bawa RJ jumpa vet. Rupa-rupanya anak kucing tu kena kanser mata. Kasihan sungguh, tersentuh hati ZJ. Vet kata sebelah matanya harus dibuang supaya tak berjangkit pada mata sebelah lagi. Lepas operation, walaupun dgn sebelah mata, anak kucing tu boleh hidup dan melihat dgn normal.Walaupun operation agak mahal (RM200), tak sampai hati pula ZJ tak mengubatinya walaupun ZJ tak membelanya. RJ ditinggalkan di klinik haiwan dan vet tu suruh kami ambil balik kucing tu lepas 5 hari.
Malang sungguh, malam itu vet tu call hubby ZJ inform yg anak kucing tu tak dapat diselamatkan. Baru saja diberi oksigen untuk di operate, anak kucing itu tidur buat selama-lamanya. Rupa-rupanya paru-parunya juga berair. Sedih sungguh kami satu family. Terbayang-bayang RJ yang meraba-raba siang tadi ketika kami bawa ke klinik. Lebih menyedihkan apabila keesokan harinya, ibu kucing itu mencari-cari anaknya. Satu hari dia 'mengiau' ke sana ke mari mencari anaknya. Tersentuh betul hati ZJ. Niat hati kami satu family baik, untuk menyelamatkan anaknya. Mujurlah sebelum kami bawa ke vet, RJ tu sempat menyusu ibunya. ZJ terus tak lalu makan. Terasa seperti tersekat makanan kat tekak mendengar ibu kucing itu tercari-cari anaknya. ZJ betul-betul belajar satu pengajaran yg cukup berguna. Sedangkan binatang sayangkan anaknya walaupun tidak diberi akal fikiran, tetapi manusia yang Allah ciptakan sempurna segala sifat sanggup membuang anak mereka sendiri. Bagaimana perasaan mereka? ZJ masih tertanya-tanya sehingga hari ini....
Salam sayang. Jumpa lagi....