Thursday, December 13, 2007

SELAMAT BERTEMU KEMBALI....

Salam buat semua,

Apa khabar? Sejuta kemaafan ZJ pohon kerana sudah lama tidak menjenguk ke sini. Beberapa bulan ini ZJ benar-benar sibuk dengan tugasan dan peperiksaan. Hmm...lagipun tiada berita yang menarik untuk dikongsi dengan rakan-rakan. Oh ya! Novel terbaru ZJ keluaran DBP sudah dua bulan berada di pasaran. Tajuknya "AROMA HATI" oleh Zahura Zakry. Harap rakan-rakan berilah sokongan peribadi kepada ZJ walaupun ianya bukan novel keluaran Alaf 21 yang dikasihi.
Berbalik kepada novel ke-2 ZJ bersama Alaf 21, ZJ sedang berusaha untuk menyudahkannya secepat mungkin. Kadang-kadang idea membuak-buak tetapi di saat menghadapi kesibukan kuliah dan peperiksaan, terpaksalah ZJ memberi laluan kepada pelajaran ZJ. InsyaAllah, ZJ cuba merealisasikan novel ke-2 ini pada tahun hadapan. Harap rakan-rakan akan sentiasa memberi sokongan pada ZJ di dalam karier penulisan yang sangat ZJ minati ini. Sebelum ZJ mengundur diri, hayatilah kata-kata ini....

KEHIDUPAN ADALAH...
Kehidupan adalah peluang, manfaatkanlah ia...
Kehidupan adalah keindahan, kagumilah ia...
Kehidupan adalah kebahagiaan, nikmatilah ia...
Kehidupan adalah mimpi, jadikan ia kenyataan...
Kehidupan adalah cabaran, hadapilah ia...
Kehidupan adalah tanggungjawab, pikullah ia...
Kehidupan adalah permainan, bermainlah dengannya...
Kehidupan adalah janji, tepatilah ia...
Kehidupan adalah kesedihan, atasilah ia...
Kehidupan adalah lagu, nyanyikanlah ia...
Kehidupan adalah perjuangan, terimalah ia...
Kehidupan adalah tragedi, berdepanlah dengannya...
Kehidupan adalah pengembaraan, tempuhilah ia...
Kehidupan adalah tuah, ambillah ia...
Kehidupan adalah amat berharga, jangan musnahkannya...
Kehidupan adalah kehidupan, berjuanglah untuknya............................................

Salam sayang,
Zara Juita

No comments: