Friday, March 2, 2007

ERTI RINDU INI - BAB 18 (M/S 145)....

Salam sayang buat semua.....
Kat sini ZJ sertakan bab 18 (m/s 145) novel ZJ. Kepada yg dah membaca novel ZJ ni...rajin-rajinlah bagi komen agar ZJ dapat memperbaiki lagi penulisan ZJ pada novel kedua nanti. ZJ tak kisah apa-apa komen sekalipun...ZJ terima dgn hati dan tangan yang terbuka...


"You nak ke Puduraya ke?" soal Fariz lagi.
Yana mengangguk.
"Jom! I hantarkan you. I pun nak ke arah sana jugak,"kata Fariz.
Oh! Tak mungkin dia mengikut Fariz. Banyak sungguh mata yang memandang. Jangan nak cari penyakit. Entah-entah dalam ramai-ramai ni ada kawan-kawan kekasih Fariz. Nanti akan menimbulkan gosip pula. Dia juga yang teruk nanti. Yana berkira-kira dalam hatinya.
"Tak apalah, Fariz. I naik teksi aje,"balas Yana.
"Kan ramai orang ni.Mesti you susah nak dapat teksi. Lagipun, I ada hal sikit nak cakap dengan you,"beritahu Fariz. Ada nada merayu pada suaranya.
Yana melihat sekelilingnya. Memanglah ramai orang.Tapi takkan nak terus menerkan aje bila Fariz mempelawanya. Oh. tidak!
"Hal apa? Cakap ajelah,"balas Yana.
"Takkanlah nak cakap kat sini. I tak boleh nak berhenti lama-lama.Ini perhentian teksi. Kalau ada polis, nahas I."
"Can't you wait until next week, Fariz?"tanya Yana pula. Takkanlah penting sehingga tidak boleh tunggu pada perjumpaan kumpulan mereka yang seterusnya.
Fariz kelihatan seperti kurang sabar dengan kerenah Yana. "Yana, kalau you tak naik kereta I sekarang jugak, I akan jerit sekuat hati panggil nama you,"ugutnya.
Yana mula bengang. Pantang orang mengugutnya sebegitu. "Jeritlah kalau tak tahu malu!"cabarnya pula.
Fariz benar-benar menjerit memanggil nama Yana sekuat hati. Semua mata memandang ke arah mereka. Muka Yana kemerah-merahan menahan malu. Fariz membuka mulut lagi untuk menjerit, terus sahaja Yana mengangkat beg menuju ke arah kereta Fariz. Cepat-cepat Fariz membuka pintu kereta untuk Yana dan mengambil beg Yana lalu diletakkan di dalam boot kereta. Yana masam mencuka............

Sunday, February 25, 2007

Alamak! Violet tagged Zara Juita!

Pandai ya Violet! Anyway ZJ jawab ler game tu... Hmm..apa ye? Yang pelik? Err...err...err... ok lah (he!he!)

1) ZJ suka makan seafood esp. sotong, udang dan ketam. Tapi ZJ tak lalu makan segala jenis kerang dan siput. Kalau makan juga, pasti mabuk lagipun kulit ZJ allergic....

2) ZJ tak makan sayur. Apa jenis sayur sekalipun. Jadi, mana ZJ nak dapat vitamin? Terpaksalah banyak makan buah. ZJ boleh tahu ada sayur dalam sesuatu masakan walaupun sayur tu dimesin halus. ZJ teringin sgt nak makan sayur-sayuran tapi tekak tak boleh terima. Semulajadi dr kecil. ZJ sanggup mengambil masa yg agak lama utk ketepikan semua sayur dalam nasi goreng yang dimakan dikedai! Sasarannya...pinggan nasi hubby ZJ ler jadi mangsa...

3)ZJ boleh 'drive' tanpa henti. Ke sana ke mari tanpa rasa jemu. Ilham datang bertandang ketika 'driving'. Oh ya! Walaupun dah banyak kali ZJ 'terbang' ke sana ke mari, ZJ tetap fobia naik flight. Setiap kali ZJ naik flight, pasti lutut ZJ menggigil dan jantung bagai nak pecah. Masa ZJ ke US, 23 jam ZJ berada diawan biru...bayangkanlah!!!

4) ZJ 'diehard fan' bagi burger. Kalau nampak burger, otomatik lecur air liur dan kdg-kdg teringat-ingat sampai ke rumah. Tengok iklan TV pun cukup, ZJ boleh rasakan sedapnya burger tu...

5)First impression orang pd ZJ selalunya...sombong...sukar didekati. Tapi sebenarnya tidak.ZJ suka berkawan utk menambah kenalan. Alamak! Mungkin air muka ZJ ni garang dan serius tak?

6) ZJ tak minat langsung ke pantai dan air terjun. Bagi orang lain, ke pantai dan air terjun dapat ketenangan. Tapi bagi ZJ, lagi tak senang duduk kalau ke sana. ZJ selalu terbayangkan ular sawa di air terjun. Memang ZJ fobia sangat dgn ular... Memang ZJ boleh pengsan! Tempat yg aman bagi ZJ adalah di rumah dan di atas gunung.


Hmm...dah puas hati Cik Violet? Pelik ke tu? Mungkin tak pelik bagi org lain tapi ZJ rasa pelik bg diri sendiri.

Jeng...jeng...jeng. Siapalah yg nak ZJ tagged ni? Rasa-rasa umpan mengena tak? Oklah, calon-calon yg ZJ nak tagged adalah...

1)Ayu Emelda

2)Aleeya Aneesa

3)Nia Azalea

4)Damya Hanna

5)Abang Long

6)Mersik

Bye.TQ

Rules & Regulations:

Each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end,you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them each a comment letting them know you tagged them and to read your blog.