SALAM SEMUA,
MAAF YA! AGAK LAMA ZJ MENGHILANG. ZJ TAK KE MANA CUMA BARU-BARU NI, IBU SAUDARA ZJ KEMBALI KE RAHMATULLAH KERANA SAKIT KANSER HATI. ZJ KESEDIHAN KERANA BELIAU MENINGGAL SEORANG DIRI DI KATIL HOSPITAL PULAU PINANG. DI SAAT TENAT, ANAK TUNGGALNYA TIDAK DAPAT DIHUBUNGI MANAKALA SUAMINYA PULA MENDERITA SAKIT KENCING MANIS DAN DARAH TINGGI. MATA SUAMINYA TIDAK BERAPA NAMPAK JADI TIDAKLAH DAPAT DIA MENJAGA ISTERINYA YANG TENAT ITU. MUJURLAH PIHAK HOSPITAL DAPAT MENGHUBUNGI SAUDARA MARA TERDEKAT. YANG PALING MENYENTUH PERASAAN ZJ KERANA BAPA SAUDARA ZJ MENANGIS TERESAK-ESAK SEPERTI BUDAK KECIL KERANA TERLALU SEDIH AKAN KEHILANGAN ISTERINYA YANG SELAMA INI WALAUPUN SAKIT, MENGURUS MAKAN PAKAI DAN UBAT-UBATANNYA. YANG PALING PENTING, BAPA SAUDARA ZJ KEHILANGAN TEMAN UNTUK BERKONGSI SUKA DUKA HIDUPNYA. RASA TAK TERTAHAN JIWA ZJ.
ZJ JUGA AGAK SIBUK DENGAN ASSIGNMENT DAN REPORT DISAMPING ZJ KINI MENJADI SUKARELAWAN DI AWAM (ALL WOMEN'S ACTION SOCIETY) YANG MEMBERI PENGETAHUAN TENTANG KEGANASAN YANG DILAKUKAN TERHADAP KAUM WANITA DAN KANAK-KANAK. ZJ CUBA MEMPRAKTIKKAN APA YANG ZJ BELAJAR DALAM KAUNSELING DI SINI. DISAMPING TU, ZJ JUGA SEDANG 'BERGELUMANG' DENGAN NOVEL KEDUA ZJ.
UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, CERPEN ZJ YANG BERJUDUL 'SETEGUH KASIH IMAN' TERSIAR DALAM MAJALAH WANITA MEI,2007. SESIAPA YANG KEBETULAN MEMBELI MAJALAH WANITA, SUDI-SUDILAH BACA CERPEN ZJ YA!
PADA PESTA BUKU NANTI, SEPERTI YANG TERSIAR DILAMAN WEB ALAF 21, ZJ AKAN BERADA DI BOOTH ALAF 21 PADA 27/4, 30/4, 1/5 DAN 5/5. HARAP KITA DAPAT BERTEMU DI SANA NANTI SAMBIL MENGERATKAN LAGI TALI SILATURAHIM ANTARA KITA.
WASSALAM....
Tuesday, April 24, 2007
Monday, April 9, 2007
Sedihnya....
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Lebih dari seminggu ZJ tidak muncul kat sini. ZJ tak kemana cuma busy dgn kuliah, bisnes dan aktiviti2 rumahtangga. ZJ juga dalam proses mengumpul info untuk novel ke-2 yg sedang diusahakan. Di dalam kesibukan itu, sedihnya ZJ apabila anak kucing yg baru sebulan melihat dunia telah tiada. ZJ memang alah dgn binatang, walaupun sayang dan kasihankan binatang tetapi ZJ dan anak lelaki ZJ menghidap asthma so tak boleh ler nak bela pet terutamanya kucing. Tetapi kat belakang rumah ZJ mmg ada kucing mendatang yg ZJ bagi makan walaupun tak masuk rumah. Kucing yg ZJ panggil MB ni mmg dah daily routine, mesti makan kat belakang rumah ZJ. Tak sangka, dia beranak juga kat belakang rumah ZJ. Suami ZJ kasihan, dia letakkan kotak kat belakang rumah.
Anak-anak kucing tu cute sungguh. 2 ekor anak kucing tu ZJ kasi nama RJ dan MJ. Selama sebulan melihat anak2 kucing ni membesar, timbul pulak rasa kasih. Malangnya RJ tak boleh buka mata, entah kenapa. Atas dasar perikemanusiaan, kami bawa RJ jumpa vet. Rupa-rupanya anak kucing tu kena kanser mata. Kasihan sungguh, tersentuh hati ZJ. Vet kata sebelah matanya harus dibuang supaya tak berjangkit pada mata sebelah lagi. Lepas operation, walaupun dgn sebelah mata, anak kucing tu boleh hidup dan melihat dgn normal.Walaupun operation agak mahal (RM200), tak sampai hati pula ZJ tak mengubatinya walaupun ZJ tak membelanya. RJ ditinggalkan di klinik haiwan dan vet tu suruh kami ambil balik kucing tu lepas 5 hari.
Malang sungguh, malam itu vet tu call hubby ZJ inform yg anak kucing tu tak dapat diselamatkan. Baru saja diberi oksigen untuk di operate, anak kucing itu tidur buat selama-lamanya. Rupa-rupanya paru-parunya juga berair. Sedih sungguh kami satu family. Terbayang-bayang RJ yang meraba-raba siang tadi ketika kami bawa ke klinik. Lebih menyedihkan apabila keesokan harinya, ibu kucing itu mencari-cari anaknya. Satu hari dia 'mengiau' ke sana ke mari mencari anaknya. Tersentuh betul hati ZJ. Niat hati kami satu family baik, untuk menyelamatkan anaknya. Mujurlah sebelum kami bawa ke vet, RJ tu sempat menyusu ibunya. ZJ terus tak lalu makan. Terasa seperti tersekat makanan kat tekak mendengar ibu kucing itu tercari-cari anaknya. ZJ betul-betul belajar satu pengajaran yg cukup berguna. Sedangkan binatang sayangkan anaknya walaupun tidak diberi akal fikiran, tetapi manusia yang Allah ciptakan sempurna segala sifat sanggup membuang anak mereka sendiri. Bagaimana perasaan mereka? ZJ masih tertanya-tanya sehingga hari ini....
Salam sayang. Jumpa lagi....

Wednesday, March 28, 2007
WEEKEND YANG MENCERIAKAN
SALAM SEMUA....
ZJ HAPPY SANGAT SEBAB WEEKEND KALI NI DAPAT SPEND DGN FAMILY. SELALUNYA ZJ SIBUK DGN STUDY, BISNES DAN MENULIS. THIS WEEK ZJ REHAT SEKEJAP DARI MENULIS COZ ZJ NAK RESEARCH INFO PULAK UNTUK NOVEL ZJ NI. ANAK-ANAK AJAK ZJ KE ONE UTAMA TENGOK MOVIE. SUSAHNYA PARKING. LAMA JUGAK HUBBY ZJ MEMUSING KE SANA DAN KE MARI AKHIRNYA DAPATLAH PARKING TAK BERBUMBUNG YANG JAUH TERSOROK KE BELAKANG. HMM...CROWD? JANGAN CERITALAH. PACKED!!!
ZJ PULAK TAK BOOKING TIKET DULU. MAKLUMLAH TAK PLAN. JENUH LENGUH KAKI NI BERATUR NAK DAPATKAN TIKET. DEMI ANAK-ANAK, ZJ GAGAHI JUGAK. HUBBY ZJ SIBUK MELAYAN ANAK-ANAK. 1/2 JAM KEMUDIAN, BARU SAMPAI TURN ZJ. ANAK-ANAK NAK TENGOK "MR.BEANS HOLIDAY". BERJAYA DAPATKAN TIKET TAPI KENA DUDUK DEPAN. BY THE TIME MASUK PANGGUNG, SEMUA SURPRISED COZ TEMPAT DUDUK 3 BARISAN DARI HADAPAN. JENUH LANGUTLAH PULAK. TAPI NAK BUAT MACAM MANA, FULL HOUSE!!! LETIH HILANG SEBAB WALAUPUN LAWAK MR.BEAN LAWAK SLAPSTIK TAPI TETAP MENGHIBURKAN. HMM..NAK TENGOK "JGN PANDANG BELAKANG" BELUM TAYANG LAGI. MR.BEAN PUN KIRA OKLAH...ANYWAY, MASA YANG DIHABISKAN BERSAMA FAMILY BEGITU BERHARGA DAN ZJ RASA SEMUA ORANG PATUT MENGHARGAI APA YANG KITA ADA HARI NI. HARGAILAH MASA...LUANGKANLAH MASA YANG BERKUALITI BERSAMA KELUARGA. TENSION ZJ KEBELAKANGAN NI TERUS HILANG DAN ZJ RASA SEPERTI DAPAT NAFAS BARU UNTUK MENGORAK LANGKAH SEKALI LAGI....
JUMPA LAGI.

Tuesday, March 20, 2007
SEMINGGU BAGAIKAN SEHARI....
SALAM SEMUA...
MASA SEMAKIN CEPAT BERLALU. SEMINGGU CUTI SEKOLAH BAGAIKAN SEKEJAP SAJA...PEJAM CELIK DAH BUKA SEKOLAH BALIK. TIADA APA YG TERKINI TENTANG ZJ. MACAM BIASA SAJA. SIBUK DGN STUDY, BISNES, MENULIS DAN URUSAN RUMAHTANGGA.
START NEXT WEEK, ZJ AKAN START VOLUNTARY SERVICE DI PUSAT KAUNSELING DGN NGO (ALL WOMEN'S ACTION SOCIETY-AWAM) YG MENGENDALIKAN KES-KES ISTERI DIDERA. SELAGI KHIDMAT DIPERLUKAN, INSYAALLAH, ZJ CUBA MEMBANTU. SEHINGGA KITA BERJUMPA LAGI...

Wednesday, March 7, 2007
HAPPY BIRTHDAYS!!!
SALAM BUAT SEMUA....
ZJ NAK WISH HAPPY BELATED BIRTHDAY BUAT KAK SA'ADI (TQ MAKAN KAT PWTC HARI TU!) & RUBY (PERNAH JUMPA MASA KURSUS KAT INTEKMA). SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI OLEH ALLAH SWT.
JENG..JENG...JENG.... AND HAPPY BIRTHDAY UNTUK ALAFFC YG PERTAMA. SEMOGA TERUS BERKEMBANG MAJU DAN SEMAKIN MERIAH.
ZJ BARU SEMBUH DARI SERANGAN FLU. KEBELAKANGAN NI CUACA TAK MENENTU. KADANG-KADANG PANAS TERIK DAN KADANG-KADANG HUJAN LEBAT. ADAKAH LAGI ISTILAH MUSIM TENGKUJUH SEDANGKAN HUJAN TURUN TIDAK TENTU BULAN SEKARANG INI? INI SEMUA KUASA YANG MAHA ESA. MANUSIA HANYA BOLEH MERAMAL CUACA (MELALUI RAMALAN CUACA) TETAPI ALLAH YANG MENENTUKAN SEGALANYA. SEBENARNYA KITA HARUS LEBIH BERSYUKUR. SEMALAM INDONESIA DILANDA GEMPA BUMI PULA. KALI INI DI PADANG, INDONESIA. ADA GURU DAN ANAK MURID MENINGGAL AKIBAT DITIMBUS OLEH BANGUNAN YANG RUNTUH. KITA BERSYUKUR DI MALAYSIA TIDAK DITIMPA MUSIBAH YANG SEBEGINI. ZJ BERSYUKUR DILAHIRKAN SEBAGAI ANAK MALAYSIA DAN ZJ BERDOA AGAR NEGARA KITA DIJAUHKAN DARI SEGALA BENCANA ALAM SEPERTI ITU. MARILAH KITA BERDOA BERSAMA-SAMA UNTUK KESEJAHTERAAN KELUARGA DAN NEGARA KITA.AMIN......

Friday, March 2, 2007
ERTI RINDU INI - BAB 18 (M/S 145)....
Salam sayang buat semua.....
Kat sini ZJ sertakan bab 18 (m/s 145) novel ZJ. Kepada yg dah membaca novel ZJ ni...rajin-rajinlah bagi komen agar ZJ dapat memperbaiki lagi penulisan ZJ pada novel kedua nanti. ZJ tak kisah apa-apa komen sekalipun...ZJ terima dgn hati dan tangan yang terbuka...
"You nak ke Puduraya ke?" soal Fariz lagi.
Yana mengangguk.
"Jom! I hantarkan you. I pun nak ke arah sana jugak,"kata Fariz.
Oh! Tak mungkin dia mengikut Fariz. Banyak sungguh mata yang memandang. Jangan nak cari penyakit. Entah-entah dalam ramai-ramai ni ada kawan-kawan kekasih Fariz. Nanti akan menimbulkan gosip pula. Dia juga yang teruk nanti. Yana berkira-kira dalam hatinya.
"Tak apalah, Fariz. I naik teksi aje,"balas Yana.
"Kan ramai orang ni.Mesti you susah nak dapat teksi. Lagipun, I ada hal sikit nak cakap dengan you,"beritahu Fariz. Ada nada merayu pada suaranya.
Yana melihat sekelilingnya. Memanglah ramai orang.Tapi takkan nak terus menerkan aje bila Fariz mempelawanya. Oh. tidak!
"Hal apa? Cakap ajelah,"balas Yana.
"Takkanlah nak cakap kat sini. I tak boleh nak berhenti lama-lama.Ini perhentian teksi. Kalau ada polis, nahas I."
"Can't you wait until next week, Fariz?"tanya Yana pula. Takkanlah penting sehingga tidak boleh tunggu pada perjumpaan kumpulan mereka yang seterusnya.
Fariz kelihatan seperti kurang sabar dengan kerenah Yana. "Yana, kalau you tak naik kereta I sekarang jugak, I akan jerit sekuat hati panggil nama you,"ugutnya.
Yana mula bengang. Pantang orang mengugutnya sebegitu. "Jeritlah kalau tak tahu malu!"cabarnya pula.
Fariz benar-benar menjerit memanggil nama Yana sekuat hati. Semua mata memandang ke arah mereka. Muka Yana kemerah-merahan menahan malu. Fariz membuka mulut lagi untuk menjerit, terus sahaja Yana mengangkat beg menuju ke arah kereta Fariz. Cepat-cepat Fariz membuka pintu kereta untuk Yana dan mengambil beg Yana lalu diletakkan di dalam boot kereta. Yana masam mencuka............

Sunday, February 25, 2007
Alamak! Violet tagged Zara Juita!
Pandai ya Violet! Anyway ZJ jawab ler game tu... Hmm..apa ye? Yang pelik? Err...err...err... ok lah (he!he!)
1) ZJ suka makan seafood esp. sotong, udang dan ketam. Tapi ZJ tak lalu makan segala jenis kerang dan siput. Kalau makan juga, pasti mabuk lagipun kulit ZJ allergic....
2) ZJ tak makan sayur. Apa jenis sayur sekalipun. Jadi, mana ZJ nak dapat vitamin? Terpaksalah banyak makan buah. ZJ boleh tahu ada sayur dalam sesuatu masakan walaupun sayur tu dimesin halus. ZJ teringin sgt nak makan sayur-sayuran tapi tekak tak boleh terima. Semulajadi dr kecil. ZJ sanggup mengambil masa yg agak lama utk ketepikan semua sayur dalam nasi goreng yang dimakan dikedai! Sasarannya...pinggan nasi hubby ZJ ler jadi mangsa...
3)ZJ boleh 'drive' tanpa henti. Ke sana ke mari tanpa rasa jemu. Ilham datang bertandang ketika 'driving'. Oh ya! Walaupun dah banyak kali ZJ 'terbang' ke sana ke mari, ZJ tetap fobia naik flight. Setiap kali ZJ naik flight, pasti lutut ZJ menggigil dan jantung bagai nak pecah. Masa ZJ ke US, 23 jam ZJ berada diawan biru...bayangkanlah!!!
4) ZJ 'diehard fan' bagi burger. Kalau nampak burger, otomatik lecur air liur dan kdg-kdg teringat-ingat sampai ke rumah. Tengok iklan TV pun cukup, ZJ boleh rasakan sedapnya burger tu...
5)First impression orang pd ZJ selalunya...sombong...sukar didekati. Tapi sebenarnya tidak.ZJ suka berkawan utk menambah kenalan. Alamak! Mungkin air muka ZJ ni garang dan serius tak?
6) ZJ tak minat langsung ke pantai dan air terjun. Bagi orang lain, ke pantai dan air terjun dapat ketenangan. Tapi bagi ZJ, lagi tak senang duduk kalau ke sana. ZJ selalu terbayangkan ular sawa di air terjun. Memang ZJ fobia sangat dgn ular... Memang ZJ boleh pengsan! Tempat yg aman bagi ZJ adalah di rumah dan di atas gunung.
Hmm...dah puas hati Cik Violet? Pelik ke tu? Mungkin tak pelik bagi org lain tapi ZJ rasa pelik bg diri sendiri.
Jeng...jeng...jeng. Siapalah yg nak ZJ tagged ni? Rasa-rasa umpan mengena tak? Oklah, calon-calon yg ZJ nak tagged adalah...
1)Ayu Emelda
2)Aleeya Aneesa
3)Nia Azalea
4)Damya Hanna
5)Abang Long
6)Mersik
Bye.TQ
Rules & Regulations:
Each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end,you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them each a comment letting them know you tagged them and to read your blog.

Subscribe to:
Posts (Atom)